Khasiat Minyak Ikan Kod

Isnin, September 14, 2009


Sejak turun temurun minyak ikan kod dipercayai boleh digunakan sebagai ubat, walaupun rasanyateruk dan berbau busuk, kerana ia melalui proses pereputan secara semula jadi dan berwarna hampir kehitaman.

Pada abad ke-18, minyak ikan kod melalui proses pemanasan dengan wap yang menghasilkanwarna lebih pudar. Walaupun minyaknya lebih berkualiti, rasanya masih tidak sedap dan iadigunakan untuk merawat kanak-kanak yang mengalami penyakit riket.

Orang Eskimo jarang mengalami artritis reumatoid kerana mereka banyak makan ikan. Orang Jepun juga mengamalkan diet yang mengutamakan ikan. Itu sebabnya kes artritis (sakit sendi) di dua negara itu jauh lebih rendah berbanding negara lain.

Omega-3
Asid lemak Omega-3 dari minyak ikan kod diketahui membantu melindungi jantung dan melancarkan perjalanan darah. Ia adalah suatu keperluan (essential) kepada sistem imun kerana tubuh kita tidak menghasilkannya melainkan kita harus mendapatkannya dari sumber luar.

Saintis mendapati asid lemak Omega-3 penting untuk kesihatan mata dan otak. Ibu mengandungsepatutnya menjadikan ia sebahagian dari diet mereka. Ia dapat memberi keseimbangan terhadap pemakanan sumber Omega-6 yang berlebihan.

Terdapat dalam bentuk kapsul atau cecair, minyak ikan boleh dikategorikan kepada 2 jenis:
1. minyak limpa ikan (seperti kod, salmon, makerel)
2. minyak isi ikan (seperti ikan bilis, sardin).

Istilah minyak ikan kod berasal dari minyak yang diekstrak dari limpa ikan kod. Minyak ikan adalah sumber yang baik untuk vitamin A dan D.

Banyak faedah yang kita dengar tentang minyak ikan kod. Antaranya menguatkan tulang dan gigi, memelihara kulit, merawat gout dan arthritis dan juga untuk kesihatan jantung.

0 comments:

Catat Ulasan

Create your own banner at mybannermaker.com!