Filariasis atau penyakit untut

Isnin, September 14, 2009


Apakah penyakit untut?

Penyakit Untut adalah sejenis penyakit zoozotic yang berpunca daripada jangkitan sejenis cacing nematod. Terdapat tiga jenis spesis cacing yang menyebabkan penyakit ini terjadi iaitu Wucheria bancrofti, Brugia malayi dan Brugia pahangi. Lazimnya, seseorang yang menghidap penyakit ini pada awalnya telah digigit oleh nyamuk yang dilihat sebagai vektor pembawa yang mana nyamuk ini membawa parasit tersebut daripada pesakit yang juga boleh disebut sebagai perumah lain yang lazim seperti monyet ataupun kucing.

Pendapat lain juga mengatakan bahawa penyakit ini adalah sejenis penyakit yang mana keadaannya mencacatkan kerana ianya terjadi akibat salur limfa tersumbat. Lazimnya, penyakit ini disebabkan oleh infeksi cacing flaria yang hidup dalam saluran limfa manusia dan ianya disebut sebagai Filariasis limfatik.

Bagaimanakah seseorang boleh dijangkiti penyakit ini?
Parasit memerlukan dua perumah dalam proses penularan penyakit ini untuk mengekalkan kemandiriannya. Manusia dan nyamuk merupakan perumah utama kepada parasit ini. Penyakit ini merebak kepada manusia adalah melalui gigitan vektor serengga iaitu nyamuk. Nyamuk akan memindahkan parasit dari satu perumah ke perumah yang lain melalui kaedah gigitan ini dan ianya akan lebih cepat merebak kiranya gigitan itu berulang kali.

Perlu diingati, penyakit ini hanya boleh berjangkit melalui gigitan nyamuk dan ianya tidak akan sekali-kali berjangkit melalui makanan dan minuman, pemindahan darah, bersentuhan dan hubungan rapat dengan pesakit untut.

Penyakit Untut ini terjadi kerana berlakunya reaksi tisu di sekeliling salur limfa atau kelenjar limfa. Reaksi tisu ini terjadi kerana adanya cairan limfa yang melimpah ke tisu sekeliling kerana salur limfa tersumbat atau pecah. Reaksi tisu juga terjadi jika ada cacing filaria yang mati atau rosak. Bahan-bahan dari cacing ini serta cairan salin kulitnya boleh merangsang perubahan tisu sehingga terjadi penebalan akibat pembentukan tisu granulasi dan fibrosis.

Simptom-simptom penyakit untut?
Antara gejala-gejala yang boleh dikesan apabila seseorang itu dijangkiti penyakit ini. Antaranya ialah reaksi alergi seperti demam, limfangitis dan limfadenitis yang berulang-ulang, bengkak tangan, kaki dan genatilia, hidrosel, orkitis, kiluria, abses kelenjar limfa, untut atau elefantiasis anggota atas, bawah dan buah dada. Penyakit ini sebenarnya tidak mudah untuk berjangkit.

Bagaimana ianya boleh dikawal?
Penyakit ini boleh dikawal dan dicegah melalui cara pembasmian vektor nyamuk dengan cara memusnahkan kawasan takungan air yang menjadi kawasan pembiakan vektor dan memberi rawatan kepada penduduk yang tinggal di kawasan yang sangat endemik dan berisiko tinggi.

0 comments:

Catat Ulasan

Create your own banner at mybannermaker.com!