Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.....

Selasa, September 15, 2009

Salam Aidilfitri, salam lebaran ........ maaf zahir dan batin .......sudah tentu skrang ini ramai yang berpusu2 membeli belah untuk persiapan raya.... tetapi tanggungjawab kpd agama jangan dilupakan..... puasa ka? sembahyang terawih?.... tepuk dada tanya keimanan anda......jangan membazir dan yang dapat bonus tu manfaatkan sepenuhnya.....walaupun bagi sesetengah orang bonus rm250 mungkin sikit bagi mereka....renung2kan...

Sejarah Kewujudan Syarikat Hyundai

Isnin, September 14, 2009

Syarikat Hyundai merupakan sebuah Syarikat Industri yang merupakan salah satu hasil daripada pengenalan dasar ekonomi yang telah diperkenalkan oleh Park Chung Hee. Pengasasnya iaitu Chung Ju-Yung yang berlatar belakangkan golongan luar bandar dan hidup dalam kemiskinan sebagai petani sekitar tahun 1915. Dengan sedikit pembalajaran formal di sekolah, Chung Ju-Yung mempelajari berbagai-bagai kemahiran buruh dan pada tahun 1940-an telah berjaya membuka bengkel keretanya sendiri.

Pada tahun 1947, Syarikat Hyundai menumpukan kepada perkhidmatan pembinaan seperti jambatan, jalan raya, dan projek-projek perumahan. Melalui dasar perindustrian yang dijalankan kerajaan semasa era park Chung Hee, Syarikat Hyundai telah diberikan peranan yang besar dalam mengendalikan banyak projek mega kerajaan. Jika dilihat daripada polisi kerajaan yang menggalakkan usahawan-usahawan tempatan mencuburkan diri dalam bidang industri, telah membuka peluang kepada Syarikat Hyundai untuk muncul sebagai sebuah Syarikat Industri yang besar di Korea Selatan pada awalnya.

Kerajaan telah memberikan kepercayaan kepada Syarikat Hyundai untuk mengendalikan projek mega kerajaan seperti projek jalan lebuh raya di Thailand, Pangkalan di Vietnam dan Australia, Jambatan di alaska dan projek kompleks perumahan di Guam. Nama Hyundai yang bermaksud moden yang dimiplimentasikan daripada penggunaan teknologi serba canggih dan terkini dalam dunia perniagannya. Mengikut edaran masa, Hyundai berkembang dan menjadi sebuah syarikat industri yang semakin kompleks dan mampu bersaing diperingkat antarabangsa.

Melalui dasar Industri negara, pada tahun 1968, Chung membuat keputusan untuk mencuburi bidang industri automobil dan menubuhkan Hyundai Motor Company dengan menjalankan kerjasama dengan Syarikat Ford untuk menghasilkan kereta penumpang dalam pasaran tempatan. Dengan bantuan teknikal dari Syarikat Jepun iaitu Mitsubishi, K
orea telah berjaya menghasilkan kereta penumpang pertama yang diberi nama Pony.

Kemudian melalui pembelajaran, Hyundai akhirnya berjaya menghasilkan kereta-kereta yang berkualiti untuk dipasarkan di pasaran antarabangsa. Misalnya kereta seperti Pony Excel dipasarkan di Canada dan Amerika pada tahun 1986, kereta Sonata, Electra dan Accent telah diperkenalkan di pasaran Amerika Utara. Pada masa kini Hyundai telah mampu bersaing dengan pengeluar kereta Jepun seperti jenama Toyota Camry dan Honda Accord hasil pembelajaran yang telah dijalankan.

Pada tahun 1973, selaras dengan saranan kerajaan Korea selatan untuk memajukan bidang industri berat negara, Hyundai tidak ketinggalan untuk melibatkan diri dalam pengenalan dasar tersebut. Oleh itu pada tahun 1973 Hyundai Heavy Industries Co telah ditubuhkan. Syarikat tersebut menumpukan kepada industri pembuatan kapal sehingga menjadi antara yang terbesar di dunia pada masa kini. Dengan kemahiran yang tinggi, Hyundai banyak mendapat projek membina kapal tarutamanya dikawasan Timur Tengah misalnya projek bernilai $1.1 bilion iaitu projek Jubail Industrial Harbour Project di Arab saudi sekitar tahun 1980-an.

Melalui dasar perindustrian yang diperkanalkan oleh Korea Selatan, telah menyebabkan Hyundai mempunyai banyak cabang perniagaan lebih-lebih lagi melalui sistem pengurusan Chaebol yang diadaptasi dari sistem kiratsu atau zaibatsu telah mengalakkan lagi kepelbagaian produk industri Hyundai.

Selepas beberapa tahun melalui Dasar industri yang diperkenalkan kerajaan, Hyundai telah mempunyai pembagai cabang industri yang dicuburi misalnya Hyundai Engine & Machinery Co., Hyundai Electrical Engineering Co., Hyundai Rooling Stock Co., Inchon Iron & Steel Co., dan Aluminium of Korea.

Sebagai sokongan terhadap dasar perindustrian kerajaan melalui pembelajaran, Syarikat Hyundai telah menubuhkan institusi kemahiran iaitu The Ulsan Institute of Teknologi pada tahun 1977 yang bertujuan untuk meningkatkan jumlah jurutera di Korea Selatan. Selain itu, Hyundai juga membelanjakan sebanyak 70 juta untuk membentuk komuniti Asan Foundation bagi menguruskan aktiviti kebajikan di Korea Selatan seperti bantuan terhadap hospital pendalaman, biasiswa pelajar dan aktiviti kebajikan sosial yang lain.

Budaya Tradisi Masyarakat Melayu

Bersiul atau bernyanyi di dapur
Seseorang anak gadis yang suka bersiul dan bernyanyi ketika memasak dikatakan akan mendapat suami tua. Apabila anak gadis mendengar nasihat itu tentunya akan berhenti berbuatan tersebut. Ini kerana anak gadis tentunya tidak mahu bersuami dengan seorang lelaki yang tua. Larangan ini adalah mengelakkan berlakunya kecelakaan supaya sebarang kerja di dapur mesti dibuat dengan sempurna dan tambahan pula adalah tidak manis sekiranya anak gadis bersiul dan bernyanyi di dapur.

Duduk atas bantal
Masyarakat Melayu pantang duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul. Sebenarnya dilarang berbuat demikian adalah kerana hendak menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak. Tambahan lagi adalah tidak baik benda untuk melapek kepala diletakkan di bawah punggung.

Menjahit pada waktu senja
Apabila ibu melihat anaknya menjahit atau menyulam pada waktu senja dengan segeranya akan berkata, “Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata guru engkau akan buta.” Apabila si anak mendengar larangan itu, tentunya akan berhenti perbuatan tersebut. Ini kerana mereka tidak suka melihat gurunya buta atau cacat kerana segala pengetahuan yang didapatinya itu adalah daripada guru yang disayanginya. Pengajaran disebalik larangan itu adalah untuk menjaga kesihatan mata anak supaya tidak menjadi kabur dan rosak atau jarum tercucuk tangan.

Tikus tidak boleh di seranah
Mengikut kepercayaan tikus tidak boleh di seranah. Sekiranya disumpah kerana perbuatannya merosakkan barang-barang di dalam rumah, ia akan lebih mengganas lagi. Biasanya tikus-tikus tidak memusnahkan sesuatu benda, yang dilakukannya ialah merosakkan sedikit di sana sini yang menyebabkan benda-benda yang dirosakkan itu tidak boleh digunakan lagi. Perbuatan tikus ini dapat memberi didikan kepada diri agar jangan mudah mengeluarkan kata-kata yang boleh menyakitkan hati orang lain. Perbuatan ini amat tidak disukai oleh masyarakat. Unsur pengajarannya ialah manusia mestilah berfikir dahulu sebelum bercakap agar tidak menyinggung perasaan orang lain.

Makan dengan menggunakan bekas retak atau sumbing
Apabila si isu melihat anaknya makan dengan menggunakan bekas yang retak atau sumbing, maka si ibu itu akan melarang dengan berkata, “Siapa makan menggunakan bekas yang retak akan dapat isteri atau suami yang telah berkahwin dua atau tiga.” Nasihat ini sebenarnya untuk mengelakkan supaya anaknya tidak terkena luka dari bekas yang digunakan itu.

Bergendang dalam rumah
Mendengar anak cucu mereka bergendang dalam rumah, seperti memukul dinding, lantai atau sebagainya, maka dilarang oleh orang tua-tua, “dengan berkata "tidak baik bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang.” Larangan ini sebenarnya untuk mengelakkan bunyi bising di rumah, tambahan lagi bergendang itu akan merosakkan barang, terutamanya barang-barang yang bergantung di dinding itu akan jatuh dan pecah.

Umat Islam Perlu Jatidiri Kukuh Hadapi 5S




Lihatlah gambar di atas. Ia menjadi bukti, tiada alasan bagi umat Islam meninggalkan kewajipan beribadat. Sebagaimana sabda Nabi saw "Solat tiang agama. Barang siapa yang mendirikannya, maka sesungguhnya dia telah mendirikan agama, dan barangsiapa yang meninggalkannya, maka dia telah meruntuhkan agamanya".

Persoalannya, mutakhir ini ada segelintir umat Islam yang mencuaikan solat dengan pelbagai alasan. Allah telah berfirman " Sesungguhnya solat itu mencegah dari perkara keji dan mungkar.." Namun begitu, masih ada yang tidak melaksanakan solat kerana kesibukan dalam mengejar dunia atau hal-hal yang remeh.


Pembaca yang budiman, tahukah kita semua-Yahudi dan Nasrani telah melancarkan
5S sekian lama untuk melemahkan pegangan agama umat Islam. 5S tersebut ialah :

1)
Sex - Kini remaja Melayu Islam semakin biasa dengan seks bebas sebelum berkahwin.

2)
Song - Kini banyak lagu-lagu lagha yang tidak membawa pendengarnya mengingati Allah

3)
Sport - Diberikan alasan, jika tidak memakai seluar pendek maka pergerakan akan sukar. Bagaimana pula dengan Ruqaiyyah yang memenangi pingat emas Suka Asia 2006 dengan pakaian yang menutup aurat? Islam telah menawarkan pakej pakaian yang terbaik kepada umat manusia.

4)
Screen - Semakin banyak lambakan vcd dan filem lucah di negara umat Islam

5)
Smoke - Di Malaysia sahaja, hampir 3 billion dibelanjakan untuk rokok. Tahukah kita kebanyakan syarikat pembuat rokok terkemuka dunia adalah milik Yahudi seperti Salem dan sebagainya?

Justeru, Islam adalah penyelesai segala masalah dan Islam agama yang terbaik. Umat Islam perlu menunjukkan contoh dengan akhlak yang terpuji agar dengan asbab itu, non-muslim tertarik untuk mengenali Islam.

Filariasis atau penyakit untut


Apakah penyakit untut?

Penyakit Untut adalah sejenis penyakit zoozotic yang berpunca daripada jangkitan sejenis cacing nematod. Terdapat tiga jenis spesis cacing yang menyebabkan penyakit ini terjadi iaitu Wucheria bancrofti, Brugia malayi dan Brugia pahangi. Lazimnya, seseorang yang menghidap penyakit ini pada awalnya telah digigit oleh nyamuk yang dilihat sebagai vektor pembawa yang mana nyamuk ini membawa parasit tersebut daripada pesakit yang juga boleh disebut sebagai perumah lain yang lazim seperti monyet ataupun kucing.

Pendapat lain juga mengatakan bahawa penyakit ini adalah sejenis penyakit yang mana keadaannya mencacatkan kerana ianya terjadi akibat salur limfa tersumbat. Lazimnya, penyakit ini disebabkan oleh infeksi cacing flaria yang hidup dalam saluran limfa manusia dan ianya disebut sebagai Filariasis limfatik.

Bagaimanakah seseorang boleh dijangkiti penyakit ini?
Parasit memerlukan dua perumah dalam proses penularan penyakit ini untuk mengekalkan kemandiriannya. Manusia dan nyamuk merupakan perumah utama kepada parasit ini. Penyakit ini merebak kepada manusia adalah melalui gigitan vektor serengga iaitu nyamuk. Nyamuk akan memindahkan parasit dari satu perumah ke perumah yang lain melalui kaedah gigitan ini dan ianya akan lebih cepat merebak kiranya gigitan itu berulang kali.

Perlu diingati, penyakit ini hanya boleh berjangkit melalui gigitan nyamuk dan ianya tidak akan sekali-kali berjangkit melalui makanan dan minuman, pemindahan darah, bersentuhan dan hubungan rapat dengan pesakit untut.

Penyakit Untut ini terjadi kerana berlakunya reaksi tisu di sekeliling salur limfa atau kelenjar limfa. Reaksi tisu ini terjadi kerana adanya cairan limfa yang melimpah ke tisu sekeliling kerana salur limfa tersumbat atau pecah. Reaksi tisu juga terjadi jika ada cacing filaria yang mati atau rosak. Bahan-bahan dari cacing ini serta cairan salin kulitnya boleh merangsang perubahan tisu sehingga terjadi penebalan akibat pembentukan tisu granulasi dan fibrosis.

Simptom-simptom penyakit untut?
Antara gejala-gejala yang boleh dikesan apabila seseorang itu dijangkiti penyakit ini. Antaranya ialah reaksi alergi seperti demam, limfangitis dan limfadenitis yang berulang-ulang, bengkak tangan, kaki dan genatilia, hidrosel, orkitis, kiluria, abses kelenjar limfa, untut atau elefantiasis anggota atas, bawah dan buah dada. Penyakit ini sebenarnya tidak mudah untuk berjangkit.

Bagaimana ianya boleh dikawal?
Penyakit ini boleh dikawal dan dicegah melalui cara pembasmian vektor nyamuk dengan cara memusnahkan kawasan takungan air yang menjadi kawasan pembiakan vektor dan memberi rawatan kepada penduduk yang tinggal di kawasan yang sangat endemik dan berisiko tinggi.

Di mana bendera kebangsaan tidak pernah dihormati?

Satu-satunya tempat di mana bendera kebangsaan berkibar setiap hari, tidak pernah diturunkan dan dinaikkan, tidak pernah dipasang setengah tiang, dan bahkan tidak pernah dihormati, adalah di bulan.

Bendera yang dimaksudkan itu sudah tentu sahaja bendera Amerika Syarikat, negara satu-satunya yang telah mendaratkan manusia di bulan. Antara tahun 1969 dan 1972, ada 12 astronout yang berjalan di bulan, menghabiskan 170 jam untuk berjalan sejauh 100 km (lebih dari 60 batu) di permukaan bulan.

Para astronout tersebut membawa pulang 400 kilogram (880 pounds) tanah dan bebatuan, dan 30,000 foto. Anak kapal Apollo 17 merupakan manusia terakhir yang mendarat di bulan. Dengan Ronald Evans pada modul komando Commander Eugene Cernan dan seorang ilmuwan Harrison H. Schmitt mengendarai sejenis kendaraan khas sejauh 34 km (21 batu) di permukaan bulan.

Pada 11 Disember 1972 para kru kapal tersebut meninggalkan suatu pelekat yang bertuliskan: "Disinilah manusia menyelesaikan eksplorasi pertamanya di bulan, Disember 1972. Semoga semangat perdamaian dari kami berasal akan merefleksikan ke dalam kehidupan seluruh umat manusia" Cernan adalah orang terakhir yang menjejakkan kakinya di ruang angkasa.

Kalimat terakhir Ucapan pertama yang diucapkan oleh Neil Armstrong pada saat di bulan sangat terkenal, tetapi apakah ucapan terakhir yang diucapkan di bulan?

"Cabaran Amerika saat ini telah mengukir takdir umat manusia di masa depan" - Kapten Eugene Cernan, Misi Apollo 17, 11 Disember 1972.

Persahabatan

Pandai Simpan Rahsia.
Dalam persahabatan, kepercayaaan untuk menyimpan apa jua rahsia amatlah penting. Jangan sia-siakan kepercayaan yang diberi oleh sahabat dan pastikan rahsia tersebut disimpan dengan baik.

Tahan Bergurau Senda.
Adat bergurau adakalanya gurauan menjadi terlebih sehingga kadangkala boleh mengguris perasaan sahabat. Pastikan setiap sahabat saling boleh menerima gurauan itu dan berfikir sebelum ia berlaku.

Jangan Terlalu Mengkritik.
Jika sahabat melakukan kesalahan, jangan terburu-buru mengkritik atau memarahinya, kerana kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul dalam semua hal. Sebaiknya jadilah sahabat yang memberi nasihat dan tempat sahabat meluahkan pendapat.

Terima Kelebihan dan Kekurangan.
Terima kelebihan dan kekurangan sahabat seadanya kerana setiap manusia tidak sempurna. Dalam persahabatan perlu melengkapi antara satu sama lain.

Menghormati Hak dan Kehidupan Peribadi.
Jika sahabat dilanda masalah, mungkin dia memerlukan masa untuk bersendirian. Berada disampingnya ketika susah menunjukkan kamu seorang yang prihatin. Namun jika dia meminta sedikit ruang, berilah dia hak itu.

Jangan Pentingkan Diri Sendiri.
Seorang sahabat yang baik tidak mementingkan diri sendiri, sebaliknya sentiasa membantu sahabatnya dalam apa jua situasi. Kamu juga sanggup mengetepikan kepentingan diri demi menjaga hubungan persahabatan.

Bersikap Terbuka.
Sifat ini adalah landasan yang penting dalam persahabatan. Persahabatan tidak boleh berlaku dengan baik jika hati penuh dendam. Berbincang secara terbuka dari hati ke hati tentang masalah yang dihadapi dan pilih waktu yang sesuai.

Kisah disebalik kisah Kashmir

Pada tahun 1947, Mahatma Gandhi menyatakan bahwa Kashmir merupakan contoh terbaik yang pernah ada tentang kehidupan sekularisme. Saat ini, baik pemerintah India maupun Pakistan saling melakukan pembersihan etnik.

Sebagai salah satu dari 25 negeri di India, Kashmir terdiri dari beberapa bahagian tetapi yang sering disebut hanya "Jammu dan Kashmir" kerana hanya dua itulah yang merupakan populasi terbesarnya.

Jammu dan Kashmir mempunyai 3 komponen berbeza: majoritinya Hindu di Jammu, Buddha mendominasi Ladakh di bahagian utara dan Muslim di lembah Kashmir.

Kawasan atau zon pertempuran tertinggi di dunia, terletak pada ketinggian 2100 m (7000ft) di pergunungan Himalaya. Dengan jumlah populasi 12 juta penduduk, 3 juta berada di daerah Pakistan. 60% beragama Islam dan selebihnya beragama Hindu, Sikh atau Buddha.

Kashmir disebut sebagai syurga dunia. Pusatnya ada pada kesuburan daerah Lembah Kashmir (Vale of Kashmir), yang terletak antara pergunungan Himalaya dan pergunungan Pir Panjal, menjadikan daerah tersebut tempat yang strategik untuk ketenteraan. Luas kawasan Kashmir sekitar 222,237 km persegi.

Mengatasi tekanan diri ........ (stres)

Tekanan diri atau stres adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupakan perkara-perkara yang datang dari luar (misalnya: surat pinjaman bank yang tertunggak, teman, pekerjaan, atau hubungan dengan pasangan), atau mungkin juga datang dari fikiran sendiri (misalnya: bagaimana penilaian terhadap diri sendiri). Stres seringkali dicap sebagai sesuatu perkara yang buruk. Namun sesungguhnya setiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik.

Teknik atasi stres yang sihat, antara lain:

1. Tidur Sejenak
Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.

2. Pengurutan
Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.

3. Mengekspresikan diri secara artistik
Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar akting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres.

4. Kerap ketawa
Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda.

5. Bersikap lembut terhadap diri sendiri
Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.

Ketawalah Setiap Hari

Pepatah Cina ada menyebut ketawalah sehari tiga kali dan anda tidak akan mati muda.Kebenarannya tentang perkara ini tidak diketahui, tapi yang pasti sejak dahulu lagi memang diketahui ketawa akan dapat mengurangkan stress atau tekanan selain memberi kesan awet muda.

Ketawa dikatakan akan mendorong tubuh untuk berehat kerana semasa ketawa tubuh dirangsang untuk melepaskan hormon endorphin serotin dan melatonin yang merupakan kimia positif yang dihasilkan oleh tubuh.Keadaan ini akan menyebarkan perasaan tenang dan membuatkan otot tubuh mengendur.Oleh itu tidak hairan jika ketawa dikatakan sebagai bentuk meditasi dan juga kerehatan.

Selain itu dalam beberapa kajian yang dijalankan ketawa dikatakan membantu meringankan pelbagai penyakit serius yang berpunca dari stress seperti tekanan darah tinggi ,Diabetes dan berbagai lagi.Disamping menghilangkan stress ketawa juga telah dikenal pasti memberi berbagai lagi manfaat pada manusia.Oleh itu tertawalah setiap hari pada lawak-lawak yang diceritakan oleh teman anda saban hari.

Khasiat buah epal


Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatka pengoksidaan kolesterol yang tidak baik. Satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung. kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau meminum jusnya, ia sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku pembentukkan lemak dalam badan.

Fakta kesihatan:

- Sebiji epal sehari memberi anda sejumlah lima gram serat.

- Mengandungi anti oksidan yang menurunkan risiko masalah jantung dan barah.

- Membantu kesihatan membran paru-paru.

- Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.

- Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.

- Membantu mengekalkan berat badan.

Khasiat Minyak Ikan Kod


Sejak turun temurun minyak ikan kod dipercayai boleh digunakan sebagai ubat, walaupun rasanyateruk dan berbau busuk, kerana ia melalui proses pereputan secara semula jadi dan berwarna hampir kehitaman.

Pada abad ke-18, minyak ikan kod melalui proses pemanasan dengan wap yang menghasilkanwarna lebih pudar. Walaupun minyaknya lebih berkualiti, rasanya masih tidak sedap dan iadigunakan untuk merawat kanak-kanak yang mengalami penyakit riket.

Orang Eskimo jarang mengalami artritis reumatoid kerana mereka banyak makan ikan. Orang Jepun juga mengamalkan diet yang mengutamakan ikan. Itu sebabnya kes artritis (sakit sendi) di dua negara itu jauh lebih rendah berbanding negara lain.

Omega-3
Asid lemak Omega-3 dari minyak ikan kod diketahui membantu melindungi jantung dan melancarkan perjalanan darah. Ia adalah suatu keperluan (essential) kepada sistem imun kerana tubuh kita tidak menghasilkannya melainkan kita harus mendapatkannya dari sumber luar.

Saintis mendapati asid lemak Omega-3 penting untuk kesihatan mata dan otak. Ibu mengandungsepatutnya menjadikan ia sebahagian dari diet mereka. Ia dapat memberi keseimbangan terhadap pemakanan sumber Omega-6 yang berlebihan.

Terdapat dalam bentuk kapsul atau cecair, minyak ikan boleh dikategorikan kepada 2 jenis:
1. minyak limpa ikan (seperti kod, salmon, makerel)
2. minyak isi ikan (seperti ikan bilis, sardin).

Istilah minyak ikan kod berasal dari minyak yang diekstrak dari limpa ikan kod. Minyak ikan adalah sumber yang baik untuk vitamin A dan D.

Banyak faedah yang kita dengar tentang minyak ikan kod. Antaranya menguatkan tulang dan gigi, memelihara kulit, merawat gout dan arthritis dan juga untuk kesihatan jantung.

Kesihatan Pengambilan Madu


  • Membantu mengekalkan kesihatan secara menyeluruh kerana madu dapat membantu mengimbangkan sistem immunisasi badan, membantu mencegah keletihan dan kelemahan, melawan alergi, insomnia dan masalah tekak melalui sifat semula jadi anti-inflammatorinya.

  • Sebagai suplemen nutrisi kanak-kanak dan dewasa kerana madu mengandungi lebih kurang 15 nutrien seperti mineral (sodium, potassium dan magnesium), vitamin, enzim dan asid-asid amino penting, tetapi tidak mengandungi gula.

  • Sebagai antiseptik semula jadi bagi mengelak jangkitan dan sangat efektif untuk luka dan melecur dan sebagai anti-oksidan semulajadi bagi mengurangkan kerosakan sel malah bagus sebagai pelembab kulit dan membantu mengurangkan jerawat.
Create your own banner at mybannermaker.com!