Cupcakes with fondant deco

Isnin, November 02, 2009

Salam ni produk terbaru rakan emeyshop.... saja bantu kawan mempromosikan produknya. Jangan pula bila tengok kawan maju kita dengki dan nak jatuhkan... apa salahnya jika kita bantu klu berkeupayaan, biarlah sama2 naik.

Tentang produk Cupcakes with fondant deco ni, pakej basic 4 L size. Anda boleh tengok kat bawah ni......

Delivery bergantung kawasan yg terlibat. Untuk area Bandar Sierra, Putra Jaya, Tmn Fulliwha dan Indah Permai free delivery... lain dari kawasan ni ada caj tambahan....

Murah ja.... berbaloi untuk orang yang tersayang, boleh kasih kejutan lagi... harga RM30 ja tidak termasuk penghantaran. Ini termasuk sekali kotak dan dekorasinya....

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sapa yang berminat boleh terus berhubung;

Pemilik: Pn. Natisya
Nama Kedai: Simply Chantique's Cupcakes & Cakes
Mobile Phone: 016-8218859 / 016-8452989
E-mail: tisyachung@yahoo.com







Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.....

Selasa, September 15, 2009

Salam Aidilfitri, salam lebaran ........ maaf zahir dan batin .......sudah tentu skrang ini ramai yang berpusu2 membeli belah untuk persiapan raya.... tetapi tanggungjawab kpd agama jangan dilupakan..... puasa ka? sembahyang terawih?.... tepuk dada tanya keimanan anda......jangan membazir dan yang dapat bonus tu manfaatkan sepenuhnya.....walaupun bagi sesetengah orang bonus rm250 mungkin sikit bagi mereka....renung2kan...

Sejarah Kewujudan Syarikat Hyundai

Isnin, September 14, 2009

Syarikat Hyundai merupakan sebuah Syarikat Industri yang merupakan salah satu hasil daripada pengenalan dasar ekonomi yang telah diperkenalkan oleh Park Chung Hee. Pengasasnya iaitu Chung Ju-Yung yang berlatar belakangkan golongan luar bandar dan hidup dalam kemiskinan sebagai petani sekitar tahun 1915. Dengan sedikit pembalajaran formal di sekolah, Chung Ju-Yung mempelajari berbagai-bagai kemahiran buruh dan pada tahun 1940-an telah berjaya membuka bengkel keretanya sendiri.

Pada tahun 1947, Syarikat Hyundai menumpukan kepada perkhidmatan pembinaan seperti jambatan, jalan raya, dan projek-projek perumahan. Melalui dasar perindustrian yang dijalankan kerajaan semasa era park Chung Hee, Syarikat Hyundai telah diberikan peranan yang besar dalam mengendalikan banyak projek mega kerajaan. Jika dilihat daripada polisi kerajaan yang menggalakkan usahawan-usahawan tempatan mencuburkan diri dalam bidang industri, telah membuka peluang kepada Syarikat Hyundai untuk muncul sebagai sebuah Syarikat Industri yang besar di Korea Selatan pada awalnya.

Kerajaan telah memberikan kepercayaan kepada Syarikat Hyundai untuk mengendalikan projek mega kerajaan seperti projek jalan lebuh raya di Thailand, Pangkalan di Vietnam dan Australia, Jambatan di alaska dan projek kompleks perumahan di Guam. Nama Hyundai yang bermaksud moden yang dimiplimentasikan daripada penggunaan teknologi serba canggih dan terkini dalam dunia perniagannya. Mengikut edaran masa, Hyundai berkembang dan menjadi sebuah syarikat industri yang semakin kompleks dan mampu bersaing diperingkat antarabangsa.

Melalui dasar Industri negara, pada tahun 1968, Chung membuat keputusan untuk mencuburi bidang industri automobil dan menubuhkan Hyundai Motor Company dengan menjalankan kerjasama dengan Syarikat Ford untuk menghasilkan kereta penumpang dalam pasaran tempatan. Dengan bantuan teknikal dari Syarikat Jepun iaitu Mitsubishi, K
orea telah berjaya menghasilkan kereta penumpang pertama yang diberi nama Pony.

Kemudian melalui pembelajaran, Hyundai akhirnya berjaya menghasilkan kereta-kereta yang berkualiti untuk dipasarkan di pasaran antarabangsa. Misalnya kereta seperti Pony Excel dipasarkan di Canada dan Amerika pada tahun 1986, kereta Sonata, Electra dan Accent telah diperkenalkan di pasaran Amerika Utara. Pada masa kini Hyundai telah mampu bersaing dengan pengeluar kereta Jepun seperti jenama Toyota Camry dan Honda Accord hasil pembelajaran yang telah dijalankan.

Pada tahun 1973, selaras dengan saranan kerajaan Korea selatan untuk memajukan bidang industri berat negara, Hyundai tidak ketinggalan untuk melibatkan diri dalam pengenalan dasar tersebut. Oleh itu pada tahun 1973 Hyundai Heavy Industries Co telah ditubuhkan. Syarikat tersebut menumpukan kepada industri pembuatan kapal sehingga menjadi antara yang terbesar di dunia pada masa kini. Dengan kemahiran yang tinggi, Hyundai banyak mendapat projek membina kapal tarutamanya dikawasan Timur Tengah misalnya projek bernilai $1.1 bilion iaitu projek Jubail Industrial Harbour Project di Arab saudi sekitar tahun 1980-an.

Melalui dasar perindustrian yang diperkanalkan oleh Korea Selatan, telah menyebabkan Hyundai mempunyai banyak cabang perniagaan lebih-lebih lagi melalui sistem pengurusan Chaebol yang diadaptasi dari sistem kiratsu atau zaibatsu telah mengalakkan lagi kepelbagaian produk industri Hyundai.

Selepas beberapa tahun melalui Dasar industri yang diperkenalkan kerajaan, Hyundai telah mempunyai pembagai cabang industri yang dicuburi misalnya Hyundai Engine & Machinery Co., Hyundai Electrical Engineering Co., Hyundai Rooling Stock Co., Inchon Iron & Steel Co., dan Aluminium of Korea.

Sebagai sokongan terhadap dasar perindustrian kerajaan melalui pembelajaran, Syarikat Hyundai telah menubuhkan institusi kemahiran iaitu The Ulsan Institute of Teknologi pada tahun 1977 yang bertujuan untuk meningkatkan jumlah jurutera di Korea Selatan. Selain itu, Hyundai juga membelanjakan sebanyak 70 juta untuk membentuk komuniti Asan Foundation bagi menguruskan aktiviti kebajikan di Korea Selatan seperti bantuan terhadap hospital pendalaman, biasiswa pelajar dan aktiviti kebajikan sosial yang lain.

Budaya Tradisi Masyarakat Melayu

Bersiul atau bernyanyi di dapur
Seseorang anak gadis yang suka bersiul dan bernyanyi ketika memasak dikatakan akan mendapat suami tua. Apabila anak gadis mendengar nasihat itu tentunya akan berhenti berbuatan tersebut. Ini kerana anak gadis tentunya tidak mahu bersuami dengan seorang lelaki yang tua. Larangan ini adalah mengelakkan berlakunya kecelakaan supaya sebarang kerja di dapur mesti dibuat dengan sempurna dan tambahan pula adalah tidak manis sekiranya anak gadis bersiul dan bernyanyi di dapur.

Duduk atas bantal
Masyarakat Melayu pantang duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul. Sebenarnya dilarang berbuat demikian adalah kerana hendak menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak. Tambahan lagi adalah tidak baik benda untuk melapek kepala diletakkan di bawah punggung.

Menjahit pada waktu senja
Apabila ibu melihat anaknya menjahit atau menyulam pada waktu senja dengan segeranya akan berkata, “Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata guru engkau akan buta.” Apabila si anak mendengar larangan itu, tentunya akan berhenti perbuatan tersebut. Ini kerana mereka tidak suka melihat gurunya buta atau cacat kerana segala pengetahuan yang didapatinya itu adalah daripada guru yang disayanginya. Pengajaran disebalik larangan itu adalah untuk menjaga kesihatan mata anak supaya tidak menjadi kabur dan rosak atau jarum tercucuk tangan.

Tikus tidak boleh di seranah
Mengikut kepercayaan tikus tidak boleh di seranah. Sekiranya disumpah kerana perbuatannya merosakkan barang-barang di dalam rumah, ia akan lebih mengganas lagi. Biasanya tikus-tikus tidak memusnahkan sesuatu benda, yang dilakukannya ialah merosakkan sedikit di sana sini yang menyebabkan benda-benda yang dirosakkan itu tidak boleh digunakan lagi. Perbuatan tikus ini dapat memberi didikan kepada diri agar jangan mudah mengeluarkan kata-kata yang boleh menyakitkan hati orang lain. Perbuatan ini amat tidak disukai oleh masyarakat. Unsur pengajarannya ialah manusia mestilah berfikir dahulu sebelum bercakap agar tidak menyinggung perasaan orang lain.

Makan dengan menggunakan bekas retak atau sumbing
Apabila si isu melihat anaknya makan dengan menggunakan bekas yang retak atau sumbing, maka si ibu itu akan melarang dengan berkata, “Siapa makan menggunakan bekas yang retak akan dapat isteri atau suami yang telah berkahwin dua atau tiga.” Nasihat ini sebenarnya untuk mengelakkan supaya anaknya tidak terkena luka dari bekas yang digunakan itu.

Bergendang dalam rumah
Mendengar anak cucu mereka bergendang dalam rumah, seperti memukul dinding, lantai atau sebagainya, maka dilarang oleh orang tua-tua, “dengan berkata "tidak baik bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang.” Larangan ini sebenarnya untuk mengelakkan bunyi bising di rumah, tambahan lagi bergendang itu akan merosakkan barang, terutamanya barang-barang yang bergantung di dinding itu akan jatuh dan pecah.

Umat Islam Perlu Jatidiri Kukuh Hadapi 5S




Lihatlah gambar di atas. Ia menjadi bukti, tiada alasan bagi umat Islam meninggalkan kewajipan beribadat. Sebagaimana sabda Nabi saw "Solat tiang agama. Barang siapa yang mendirikannya, maka sesungguhnya dia telah mendirikan agama, dan barangsiapa yang meninggalkannya, maka dia telah meruntuhkan agamanya".

Persoalannya, mutakhir ini ada segelintir umat Islam yang mencuaikan solat dengan pelbagai alasan. Allah telah berfirman " Sesungguhnya solat itu mencegah dari perkara keji dan mungkar.." Namun begitu, masih ada yang tidak melaksanakan solat kerana kesibukan dalam mengejar dunia atau hal-hal yang remeh.


Pembaca yang budiman, tahukah kita semua-Yahudi dan Nasrani telah melancarkan
5S sekian lama untuk melemahkan pegangan agama umat Islam. 5S tersebut ialah :

1)
Sex - Kini remaja Melayu Islam semakin biasa dengan seks bebas sebelum berkahwin.

2)
Song - Kini banyak lagu-lagu lagha yang tidak membawa pendengarnya mengingati Allah

3)
Sport - Diberikan alasan, jika tidak memakai seluar pendek maka pergerakan akan sukar. Bagaimana pula dengan Ruqaiyyah yang memenangi pingat emas Suka Asia 2006 dengan pakaian yang menutup aurat? Islam telah menawarkan pakej pakaian yang terbaik kepada umat manusia.

4)
Screen - Semakin banyak lambakan vcd dan filem lucah di negara umat Islam

5)
Smoke - Di Malaysia sahaja, hampir 3 billion dibelanjakan untuk rokok. Tahukah kita kebanyakan syarikat pembuat rokok terkemuka dunia adalah milik Yahudi seperti Salem dan sebagainya?

Justeru, Islam adalah penyelesai segala masalah dan Islam agama yang terbaik. Umat Islam perlu menunjukkan contoh dengan akhlak yang terpuji agar dengan asbab itu, non-muslim tertarik untuk mengenali Islam.

Create your own banner at mybannermaker.com!